Asal usul nama ku.....

Hai, aku dah balik dari kerja ni..utk post pertama aku, aku buat kat office tu..sementara tunggu member aku balik..Baiklah..seperti yg aku dah bgtau td, untuk 2,3 post pertama aku, aku akan bercerita tentang latar belakang aku..kali ni aku akan cerita tentang asal usul nama aku....

pada 16 Mei 19.... (poyo gler nak rahsiakan umor..hehe) aku telah dilahirkan.. kedua ibu bapaku bekerja sebagai guru di sekolah menengah kebangsaan ledang tangkak...ibuku (Hjh. Nawiyah) telah masuk ke wad bersalin sehari sebelum hari kejadian (15 mei)..bapaku(Hj. Ibrahim) pulak selamber badak je meraikan sambutan hari guru pada 16 mei di sekolah beliau..ketika sedang menyertai aktiviti perlawanan chess..bapaku telah menerima satu panggilan talifon dari pihak hospital menyatakan yang ibuku telah selamat bersalin..dan bapaku terus menuju ke hospital untuk melihat putera beliau iaitu aku.. BTW sebelom ibu bapaku kerja di tangkak, mereka telah mengajar di sebuah sekolah di sabah dan hanya pindah ke semenanjung pada Disember 19..(6 bln seblm aku lahir)..sbb tu laa bapaku cakap yg aku ni buat di Sabah, lahir di tangkak (kalau laa ada tanda "made in ..." kat badan aku ni..kan senang je aku nak caye..haha)..ok..cukup pasal kelahiranku..moh dengar aku cerita pasal asal usul nama aku....

masa aku lahir, badan aku sangatlaa merah warnanye (bkn merah darah tau)..dan kemana2 ibu bapaku bawak aku berjumpa dengan rakan2 mereka, pasti akan ada yg menegor.. "wah..so far, so red laa"..begitulaa ada nye setiap kali aku dipersuakan dengan sesiapa pun...bapaku yg msh lagi tidak mempunyai idea untuk memberi aku nama, dengan selamber mengatakan..ni kalau bg nama fared ni bgs gak ni (amek dr so far so red --> fared)..tp memandangkan terlalu ramai yg bernama fared, bapaku ingin merubah kepada Muhammad Fared...tp masa nak daftar kat balai polis (dulu daftar kat balai..skrg kat jabatan pendaftaran jek) bapaku kenal ngan polis kat situ (kamcing laa..blh gurau2)..polis tersebut sengaja mendajal namaku jadi fareq(aku rasa sbb die salah eja tulisan bapaku kot)..maka dengan rasminya aku diberi nama Muhammad Fareq..dan dengan rasminya, sape yang baca ni tertipu..hahahaha (papehal pun terima kasih sebab membaca ekk)

Sebenarnye bapaku nak bagi nama aku Muhammad Fared..tp pak Long aku tegor "dah byk sgt dah nama fared ni..ape kata bg fareq pulak"..bapaku pun merasai keunikannye dan dengan pantas mengikuti idea pak long aku....

pasal nama Aleq plak, ms kecil aku digelar "adik" oleh ibu dan bapaku (sbb aku ada akak sorg)..dan apabila aku sudah boleh bercakap (dgn pelat) aku membahasakan diriku aliq..dan sampai sekarang aku dipanggil aliq dikalangan ahli keluargaku....bila masuk asrama (form1 aku dah masuk asrama dah..dah kene halau dari rumah..haha) aku suruh laa member2 aku pggl aku aliq (kekonon nak bg mesra n rasa mcm dirumah laa) tp ntah camne dorg pggl Aleq..then aku pun rasa yg nama aleq ni bleh pergi jauh ni (boleh di komersil kan).. so aku pun terima laa gelaran tru.. dan sampai sekarang aku dipanggil Aleq dikalangan kawan2 aku..

Ok laa..aku nak mandi dah ni..tadi makan megi goreng masak sendiri ngan nugget..ni baru nak mandi..nantikan post selepas ini..insyaAllah aku akan cerita tentang org tersayang aku.. (sama ada family atau aweks..)hahaha

bye..
0 Responses