Kau Laksana Bulan



Ahad (22/08/2010)

hello eberibadi..kali ni poyo just nak share pasal drama melayu yang baru poyo ikuti..actually drama ni dah lama dah..start awal bulan 6 lepas..tp poyo tak penah nak layan..lagi pon xde member2 n promosi2 yang hebat..so poyo takde laa nak layan..tapi kebetulan seorang kawan poyo kat ST (lelaki) menyatakan bahawa drama ni best..so poyo pon saje2 laa nak dload..then layan..memang best bangat laa..

Drama ni diadaptasi dari sebuah novel yang juga memiliki tajuk yang sama (Kau Laksana Bulan)..Heroin cerita ni adalah Ayu Raudhah dan seperti biasa, die bertudung lagi untuk drama ni..but papehal lakonan die sangat laa berkesan..untuk sinopsis, sila klik sini..link untuk dload drama kat sini..

lagi satu yang poyo suke kat drama ni sebab pelakon lelaki (Zul Huzaimi) yang biasanye berlakon watak jahat, berlakon jadi baik kat drama ni..dan lakonan die mmg berkesan dan sweet sangat..hehehe..drama ni so far masih tak mampu menandingi nur kasih laa..but setelah nur kasih, drama ni adalah antara yang bermutu..cume sayang ia ditayangkan di RTM2..bukan nak kutuk RTM, tapi dek kerana ditayangkan di RTM, so die punye promosi agak kureng..tu yang buat ia tak mampu memberi fenomena macam Nur kasih..

Novel bagi drama ni pon poyo dah beli dah..mule2 cari kat area muor, tapi tak jumpe..so dengan penuh nekad, poyo pon beli laa online..cume tak berniat nak baca lagi novel ni..nak baca lepas habis drama kot..sbb takot kalau dah abes baca novel, jadi tak berminat nak layan drama plak kang..hehe..
Filem yang poyo nanti2kan VCD die...xsabor nak tgk..hehe

Sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel ialah Lagenda Budak Setan..pada mulanya poyo memang sangat bersemangat nak layan drama ni..namun apakan daya..ble episod satu, heroin die tak de laa cun sangat dan lakonan die sangat laa kaku..terus patah semangat poyo nak layan drama ni..kan best kalau Lisa Surihani masih memegang watak heroin..atau jika tidak, gantikan laa dengan Diana Danielle ke, Ayu Raudhah ke..ni ntah pelakon iklan mana die amek ntah..hehe..

Ok laa..sekian untuk gossip drama melayu..babai semua... ♥♥♥
4 Responses
  1. Mohd Naim Says:

    aku pun suka drama kau laksana bulan tu...

    sweet tengok ayu raudah yg ala-ala ayu dalam drama tu...


  2. Anonymous Says:

    cool ways to lace van shoes shop fake handbags online


  3. AzieDeraman Says:

    nice blog....huhuh salam perkenalan dari
    http://azirahgee.blogspot.com/


  4. Anonymous Says:

    But on a less serious note . [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry handbags[/url] Good luck.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose online[/url] Wrplalhla
    [url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora bracelets sale[/url] Twehuiemz [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose[/url] qnhujjewj