Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Isnin (15/03/2010)

Tahniah poyo ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya memenangi satu kejuaraan yang tak pernah beliau menang sebelum ni iaitu All England. Poyo memang tak lepas peluang nak tengok pemain Malaysia main badminton..poyo tengok semi ngan final jek..memang hebat laa CW ni main..

Semalam CW lawan pemain muda dari Jepon, Kenichi Tago. mungkin sebab tak pernah jumpa lawan ni atau tak pernah analisis corak permainan die, so semalam agak sengit laa..berbanding masa lawan Peter Gade masa semi-final..Tago memberi saingan sengit sepanjang 2 set permainan..smash2 yang laju dan tajam, tapi CW dapat angkat hampir 80% smash2 Tago dan itu membuat kelebihan psykologi bagi CW..tahniah datuk..

Tak ketinggalan kepada Datuk Misbun Sidek yang melatih CW dengan bersungguh2..Misbun memang seorang jurulatih yang bagus laa..kalau tak, masakan CW taknak berpisah dengan Misbun..rasanye masa Kejohanan dunia 2 tahun lepas kat Malaysia kot, CW kalah pusingan ke-3, pastu ada ura2 BAM nak tukar jurulatih CW, tapi CW tetap berkeras nakkan Misbun jadi jurulatih die gak..
Papehal pon, tahniah kepada dua2 Datuk ni yang menjelmakan kejuaraan berprestij kepada Malaysia..next target is --> Piala Thomas yang diadakan di Malaysia..tolong laa bangkit pemain2 beregu Malaysia dan Hafiz (rasa nye ni je harapan nak kumpul mata Malaysia selain Datuk LCW)...jelmakan kejuaraan Malaysia yang pertama sejak 1992..penantian 18 tahun amat lama dirasakan..

Majulah sukan badminton Malaysia..
2 Responses
  1. Ann Says:

    kalo tgk badminton, mesti jd dupdap2x..kalo kalah, tuhan je yg tau betapa kecewanye...tu yg takut nk tgk, takut tak dpt menahan kecewa.


  2. Noraide Says:

    Pergh ulasan mantap mcm pemberitala bro..