Isnin (24/05/2010)
Hi semua...setelah sekian lama poyo menyepikan diri, kini poyo nak update laa sikit2 blog poyo ni..hehe..memang banyak gler laa yang boleh diupdate ni..nak start dari mana dulu ekk..ok2..mari start pasal rakan perjuangan Altera dulu.
Babak satu.....sebenarnye dalam bulan ni jek, dah ada 3 kawan melayu poyo di altera telah berhenti dan meneruskan laluan hidup masing2...
i. Hafiz
Hafiz ni rakan serumah poyo yang berasal dari Batu Pahat..die blah dari altera sebab tak dapat nak sambung kontrak jadi permenant. die skrg dah pon start keje di Astro..
ii. Nasir
ni sorang lagi member makan poyo sepanjang di altera..die ni kaki badminton dan futsal..slalu main badminton sesama. die akan masuk bekerja di STMicroelectronic di Muar start 1 Jun 2010.
iii. Kasyfi
Seorang lagi member makan poyo yang telah pergi meneruskan perjuangan di Sebuah syarikat multi-nasional iaitu Intel Kulim.nak dijadikan cerita, sebelum beliau pergi dari Altera, die telah menetap di Desa Daya bagi mengisi kekosogan yang ditinggalkan Hafiz selama 2 minggu..adeh, sempat die tinggalkan kenangan2 manis kat poyo sepanjang 2 minggu tu..
All the best to all rakan2 melayu yang blah dari Altera..
memandangkan 3 sahabat karib poyo di Altera telah pergi meneruskan perjuangan mereka di luar Altera, poyo nak announce laa kat sini yang poyo pon akan pergi meninggalkan Altera dan bumi Penang ni untuk bekerja di kampung halaman poyo..Poyo juga akan mula bekerja di STMicroelectronic di Muar bermula 1 Jun 2010 dan hari terakhir poyo di Altera adalah pada Khamis, 27 Mei 2010..memang sedih nak tinggalkan altera ni..sebab poyo sangat enjoy keje di sini..tapi poyo diberi pilihan untuk memilih kerjaya atau keluarga dan poyo telah memilih keluarga..harap2 ini pilihan terbaik poyo dan poyo rasa ini memang terbaik tambah2 poyo mendapat restu dari seluruh ahli keluarga poyo.
Babak dua....Ok, masih belum terlambat kot poyo nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 yang pernah mengajar poyo selama ni..terutama skali buat kedua ibu bapa poyo dan akak sulung poyo yang juga merupakan seorang guru..Hari guru adalah pada 16 Mei lepas..dan FYI hari lahir poyo pon sama ngan hari guru gak..hehehe..so, Selamat Ulang Tahun Kelahiran ye incik Poyo..;p
ni ada laa gambar hadiah yang tunang poyo bagi sempena bday poyo..dan nak buat lagi best, malam bday poyo tu, Kasyfi telah belanja poyo makan ketam..hehe..thanks ye kasyfi.
Hadiah dari tunang poyo..ape hadiahnye??rahsia Hand made tu.. Ketam yang dibelanja oleh kasyfi Best gler makan ketam. Babak tiga....Bile dah nak resign, mesti laa ada farewell kan??dan farewell di kalangan melayu adalah di Palace d'India..farewell ni untuk ketiga2 yang akan blah dari Altera iaitu poyo, Kasyfi dan Nasir.
Dan farewell group poyo plak dibuat di E&O hotel..makan buffet..memang best laa makan buffet..sampai nak termuntah dah poyo sebab makan banyak sangat..hehehe..
Bergambar di tepi laut Aksi gile poyo 1. Aksi gile poyo 2. Tersandar kekenyangan Babak Empat....Pada hari Khamis, 20 Mei yang lepas, poyo pergi menonton filem Shrek final..memang best gak laa cerita ni..poyo tengok 6 orang iaitu poyo, kasyfi dan azad bersama pasangan masing2..ni boleh kata first time laa poyo keluar dating bertiga pasangan..hahaha..dan sempat laa poyo amek gambar kat poster filem yang sangat poyo nanti-nantikan iaitu Lagenda Budak Setan..sbb ada Lisa Surihani..tu yang semangat nak bergambor tu..hehehe
♥ Lisa Surihani.hehe Babak Lima....haa, ni plak nak cerita pasal aktiviti weekend terakhir poyo di Penang. untuk weekend ni, poyo telah berusaha sehabis mungkin untuk memuaskan semua yang poyo kenal di Penang. Hari Sabtu, poyo telah join pertandingan Futsal Altera dan pasukan poyo dapat nombor tiga..hahaha...gempak kan..Sangat penat laa hari ni..jadual die memang pack dari 11 pagi sampai 5.15 petang..
Dalam bahasa inggeris... Sila perhatikan bila dialih bahasa..hehehe Hari ahad plak, poyo join Badminton farewell plak..kire badminton terakhir laa poyo di Altera..ni dari kol 10 pagi sampai kol 1..penat futsal tak habes lagi, ni tambah ngan penat badminton plak..giler laa penat kuasa dua..
Dan petang ahad plak, poyo telah teman tunang poyo makan..mesti laa..kawan dan kekasih semua kene dipuaskan..malam tu memang lepak gler laa poyo..ni masuk kerja pon sakit2 satu badan tak hilang lagi ni..hehehe..papehal pon memang weekend yang sangat seronok.. :)
Ok laa..setakat ni jek poyo nak update..ni pon dah banyak gler ni..ntah ada orang nak baca ke tak ni..hehehe..babai semua..
Sekadar selingan, gambar majalah yang dari zaman poyo kecik2 dulu..majalah kuntum..dah canggih dah majalah tu skrg..kulit die, kertas2 die dah lebih berkualiti..hehe